Notis privasi
Bahasa Melayu
Guestbook dikendalikan oleh Sorotan Waktu. Notis ini menerangkan data yang kami kumpul selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Pelanggan (pemilik akaun): nama, e-mel, nombor telefon (jika diberi), kata laluan (disimpan dalam bentuk cincang, bukan teks asal), butiran majlis dan rekod bayaran. Bayaran diproses oleh ToyyibPay — kami tidak menerima atau menyimpan butiran bank atau kad anda.
Tetamu: gambar, video, ucapan dan nama yang anda taip, serta alamat IP untuk mengelak spam. Gambar dikecilkan dan data lokasi (GPS) dibuang; video disimpan seperti dirakam dan mungkin masih mengandungi data lokasi. Kuki kecil (gbv) digunakan supaya setiap telefon hanya boleh beri satu ♥.
Siapa boleh lihat: sesiapa yang mempunyai kod atau kad QR majlis, pemilik majlis dan pentadbir kami. Kami tidak menjual atau berkongsi data dengan pihak lain.
Tempoh simpanan: selepas tempoh muat naik pelan tamat, album hanya boleh dilihat selama 30 hari, kemudian semua gambar, video dan ucapan dipadam terus. Rekod akaun dan bayaran disimpan untuk tujuan perakaunan.
Hak anda: untuk melihat, membetulkan atau memadam data anda, hubungi kami. Tetamu yang mahu sesuatu dibuang boleh juga meminta pemilik majlis.
English
Guestbook is run by Sorotan Waktu. This notice explains what we collect, in line with Malaysia’s Personal Data Protection Act 2010.
Customers (account owners): name, email, phone number (if given), password (stored hashed, never as text), event details and payment records. Payments are handled by ToyyibPay — we never receive or store your bank or card details.
Guests: the photos, videos, wishes and name you type, plus your IP address to stop spam. Photos are made smaller and their location (GPS) data is removed; videos are kept as recorded and may still contain it. A small cookie (gbv) lets each phone give one ♥ per item.
Who can see it: anyone with the event’s code or QR card, the event owner and our admins. We never sell or share data with others.
How long: after the plan’s posting days end, the album is view only for 30 days, then every photo, video and wish is deleted for good. Account and payment records are kept for accounting.
Your rights: to see, correct or delete your data, contact us. Guests can also ask the event owner to remove something.